Bismillah...
Hari ini,saya telah mendapat bill dari Library of Queensland sebanyak AUD125.Saya mendapat bill tersebut kerana saya telah tidak memulangkan buku selama 2 bulan.Miahahahaahahah!(Gelak Syaitan).Apabila mendapat bill tersebut,saya adalah seperti menggulupur and menggelabah.Pakwe di sebelah saya pula adalah hanya menggeleng-gelengkan kepala.Saya yakin beliau berasa survival adalah penting lantas tidak berkata apa-apa.Dalam hati saya pula,saya berasa ala banyaknya nak kene bayar.Banyaknya Banyaknya Banyaknya.Matila Matila Matila Matila.*Boleh ulang 1000x*
Tanpa berlengah lagi,saya bergegas ke bilik saya dan mengutip buku yang dimaksudkan oleh Library dengan cemas.Kemudian saya membuat thin-walk kembali ke library untuk memulangkan buku tersebut.Mujurlah hari ini hari practical,maka saya memakai kasut sport berwarna pink saya.Jika hari adalah hari bukan pada hari ini,saya akan memakai kasut sandal yang setinggi 6 inchi.(Saya takut kelihatan rendah.Walhal memang rendah.154 cm.).Apabila tiba di library,saya pun memulangkan buku yang dipinjam selama dua bulan tersebut.Nasib baik,wanita berambut perang di kaunter library telah berkata nevermind,just return the book.Apabila saya bertanya tentang bill,beliau hanya berkata nevrmind,just give the book.
Saya adalah berasa amat lega dan gembira sekali.Untuk menyambut kejayaan tidak perlu berpisah dengan AUD125,saya telah singgah ke Cafe Nano dan membeli Ice Mocha yang sangat marvellous.
Have a Nice Day Semua.
Sekian.
~toodles!


3 prediction(s):
naj! hebatnye kamu ni?!!
ish3... sy pun menggelengkan kepala. awk peram ke buku tu????
cet~! 2 bulan~! x tahan boto la ekau ni najlaa oi~
liyana:
boleh la kot kate peram li.hehehe.buat jeruk.
Appan:
eyp eyp eyp!hahaha
Post a Comment